Pentadbir Maya (ustz ahmadi, ustz maruan, ustz Amran) |
Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum W.B.T
Pendidikan (tarbiyah) adalah proses untuk melahirkan insan soleh yang dapat membangunkan potensi individu dan membangunkan masyarakat. Model insan cemerlang dan berketerampilan akan lahir melalui pendidikan yang memberikan perhatian yang lbih kepada aspek rohani. Insan yang rapat dengan Allah akan melahirkan Akhlak Mulia dan Amanah terhadap tanggungjawab yang dipikulnya dan bersedia mengharungi cabaran semasa.
Cabaran umat islam masa kini semakin getir dengan lahirnya gelombang baharu yang berselindung di sebalik topeng Islam. Justeru itu, golongan ini lebih berani mentafsirkan ayat-ayat Allah mengikiut pandangan mereka yang tersasar dari landasan Islam yang telah ditafsirkan oleh Ulama’ Muktabar. Arahan-arahan Allah yang bersifat pasti ( Qati’e ) telah ditafirkan secara literal maka lahirlah pendapat baharu yang sesat seperti ketidakwajipan menutup aurat bagi wanita Islam.
Blog adalah media yang sangat berpengaruh dalam masyarakat di samping wahana lain seprti Internet. Penggunaan yang betul dan mengikut acuan Islam menjadikan sesuatu itu sangat bermanfaat dan dikira Ibadah di sisi Allah S.W.T. kemahiran menulis dan meluahkan pemikiran dengan teknik yang menarik dan mudah akan menarik masyarakat untuk giat membaca dan memperolehi Ilmu pengetauhan.
Blog ini adalah wahana bagi para warga MAYA untuk melatih dan memperkembangkan potensi masing-masing terutamanya dalam bidang penulisan. Majalah ini juga menjadi medan dakwah untuk menyampaikan risalah Isalm dan Ilmu pengetauhan berdasarkan wahyu Ilahi dan sunnah Rasulullah S.A.W. kemahiran penulisan yang digarap melalui blog ini akan menjadi satu asset untuk mempertahankan Islam dan terbuka seperti melalui blog, facebook dan tweetet yang sedang berkembang pesat tanpa batasan.
Salam hormat.
“ ILMU ASAS KEMAJUAN ”
EmoticonEmoticon