Risalah Bulan Februari




RISALAH BULAN 2




TAJUK: PERGAULAN BEBAS

Sejak akhir-akhir ini kes yang melibatkan masalah tingkah laku seksual remaja di Malaysia semakin membimbangkan. Pergaulan sosial yang bebas semakin menular dikalangan masyarakat Malaysia.Hampir setiap hari di dada-dada akhbar berita yang berkaitan pergaulan bebas yang sehingga menyebabkan perkara-perrkara yang diharamkan oleh Allah berlaku.Contohnya seperti perzinaan & pesta minum arak yang telah menjadi paparan umum masyarakat. Golongan muda kini terutamanya remaja perempuan tidak lagi segan pilu mendedahkan aurat mereka di laman sosial.


PANDANGAN AGAMA ISLAM MENGENAI PERGAULAN BEBAS

Islam memandang berat kesalahan pergaulan bebas yang juga merupakan zina kerana mengundang pelbagai keburukan kepada pelakunya & masyarakat. Dalam islam, zina merupakan perbuatan yang haram & berdosa besar. Firman Allah yang bermaksud:“Dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya perbuatan zina itu adalah keji & suatu jalan yang buruk” (Surah Al-Israk ayat 32). Dalam hadis riwayat Baihaqi, Rasullah S.A.W bersabda “hindarilah zina kerana ianya menimbulkan enam kesan buruk,tiga di dunia & tiga di akhirat. Yang di dunia, zina akan menghilangkan kegembiraan,menyebabkan fakir & mengurangi umur sedangkan keburukan di akhirat nanti zina menyebabkan pelakunya diazab,dihisab secara ketat & kekal di neraka.

PUNCA BERLAKU PERGAULAN BEBAS

Penyebab utama berlakunya pergaulan bebas ialah keinginan diri sendiri. Golongan remaja terutamanya paling mudah terpengaruh & sering terdedah kepada unsur-unsur yang kurang sihat seperti dadah,mengambil minuman keras & pergaulan bebas yang menjurus mereka kepada perzinaan.

Rakan sebaya, remaja cenderung mencari teman yang sama dengan dirinya. Persamaan ini merupakan perkara yang penting bagi remaja kerana pada ketika ini mereka sedang berusaha untuk mendapatkan identitinya sendiri. Bahkan ada di antara remaja terpaksa meniru perilaku temannya hanya supaya dia diterima oleh kelompok tersebut. Pelbagai desakan yang diterima dari rakan sebaya mahupun teman lelaki atau wanita menyebabkan seseorang melakukan seks bebas. Berdasarkan pengalaman seorang pelatih di Rumah Bimbingan Raudhatus Sakinah yang pernah terjebak dengan perilaku seks bebas mengakui beliau sering terpengaruh dengan rakan-rakan seperti ponteng sekolah & melepak bersama rakan-rakan. Apabila semua rakan-rakan yang mempunyai pasangan telah mendorongnya ke arah kemungkaran, maka masa depannya akan menjadi gelap.

This Is The Oldest Page




1 ulasan so far

amar ma'ruf, nahi mungkar


EmoticonEmoticon